Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BASIC ICT – MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2024

Memberi pendedahan tentang Microsoft Word...baca selanjutnya

STEM IOT – MEMBINA RANGKA BANGUNAN MENGGUNAKAN CLAY & SHORT STICKS

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Ahli yang menyertai aktiviti ini telah diberi tugasan untuk membina struktur bangunan mengikut kreativiti masing-masing menggunakan clay & short stick....baca selanjutnya

KAUNTER FIZIKAL PENDAFTARAN PADU DI PEDI TAMAN SRI MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 14 & 15 Februari 2024

Program Kaunter Fizikal PADU telah berlangsung selama 2 hari di PEDi Mahkota Jaya dan turut melibatkan 3 orang Pegawai Perangkaan Cawangan Kuantan bagi membantu orang ramai di kawasan sekitar untuk mendaftar PADU....baca selanjutnya

SOFT SKILL – ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024

Pada 21 Januari 2024, pihak PEDi Mahkota Jaya telah mengadakan kelas soft skill bagi mengasah bakat ahli yang menyertai untuk mencipta origami masing-masing....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti