PROGRAM PENUTUP KELAS ICT & ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ANJURAN PEDI KAMPUNG BALOK DENGAN KERJASAMA PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI FELDA BUKIT SAGU, PEDI MAHKOTA JAYA, PEDI LEPAR HILIR 1 & PEDI KAMPUNG UBAI.

Aktiviti terkini |19 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Balok

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini disertai seramai 56 orang peserta dalam kalangan sekolah rendah dan menengah.
• Program kelas ict musim cuti sekolah yang diadakan di PEDi Kampung Balok dengan kerjasama PEDi sekitar Kuatan.
• Pelbagai aktiviti diadakan meliputi taklimat KDB sehingga pelbagai pertandingan yang lain mengikut umur peserta.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk semangat celik IT di kalangan peserta dalam menggunakan media sosial serta memastikan peserta faham perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan ketika bersosial media.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi Taklimat Klik Dengan Bijak, Tajuk “Buli Siber”.
• Sesi KDB Hunt: Susun Gambar KDB, Teka Silang Kata KDB, Menaip Petikan KDB dan Menyusun Perkataan KDB.
• Pertandingan Collage Gambar Perkataan KDB, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Mereka Cipta Poster Sempena Ramadhan Untuk Pelajar Sekolah Menengah.
• Penyampaian Hadiah Oleh Pengurus PEDi Semambu, PEDi Kampung Pandan, PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Kampung Ubai, PEDI Mahkota Jaya dan PEDi Lepar Hilir 1.
• Makan dan Minum

Kelebihan Aktiviti :
• Mendidik peserta menjadi pengguna media sosial yang celik IT.
• Mendidik peserta menggunakan media social dengan bijak.
• Melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran dalam bidang ict.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan PEDi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PEDi.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :