Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


INTRODUCTION TO MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2021

Kelas ICT Introduction to Microsoft Word ini diadakan di Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada ahli yang hadir tentang cara penggunaan Microsoft word. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya....baca selanjutnya

KAHOOT! – EDUCATION GAME ONLINE

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2021

Kahoot! Education Game Online ini diadakan di Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya. Kahoot! merupakan satu platform pembelajaran yang berasaskan permainan secara atas talian. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya....baca selanjutnya

AWARENESS TALK – BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 25 September 2021

Pengisian dan Live ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya tentang bahaya buli siber Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut–pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK – BERITA PALSU

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Pengisian dan Live ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya tentang bahaya penyebaran berita palsu. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut–pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya....baca selanjutnya

SHOPEE UNTUK “BEGINNER’

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021

Pengisian dan Live ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya tentang cara-cara untuk mulakan perniagaan di Shopee bermula dengan cara untuk membuat akaun, bina kedai serta cara untuk memasukkan barang jualan. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Taman Sri Mahkota Jaya...baca selanjutnya

ADVOKASI - CHECK YOUR LABEL

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2021

Pengisian dan Live ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut–pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya...baca selanjutnya

CANVA.COM

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2021

Pengisian dan Live ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Felda Tenang. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya tentang penggunaan aplikasi Canva.com bagi mencantikkan akaun Instagram. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut – pengikut Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya....baca selanjutnya

KUIZ ONLINE – PERISIAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2021

Memberi pendedahan kepada rakan di Facebook mengenai perisian komputer serta fungsi perisian tersebut...baca selanjutnya

KUIZ KDB ONLINE>

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2021

Memberi pendedahan kepada rakan di Facebook mengenai program Klik Dengan Bijak (KDB) dengan menjawab kuiz KDB...baca selanjutnya

ICT CLASS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2021

Ahli berdaftar pusat internet diberi pendedahan tentang cara asas penggunaan Microsoft Word...baca selanjutnya

ICT CLASS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Memberi pendedahan kepada ahli pusat internet khususnya pelajar sekolah rendah mengenai Microsoft Word...baca selanjutnya

ICT CLASS MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2021

Memberi pendedahan kepada ahli pusat internet khususnya pelajar sekolah rendah mengenai Microsoft Power Point...baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC)....baca selanjutnya

TUTORIAL MUAT TURUN PENYATA BANK CIMB SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2021

Pemberitahuan tentang cara-cara untuk muat turun penyata bank melalui online banking...baca selanjutnya

TUTORIAL SECARA ONLINE MASUKKAN NAMA AHLI KELUARGA DALAM APPLIKASI MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Tutorial Secara Online Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Applikasi Mysejahtera...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti