Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021ICT CLASS MICROSOFT POWER POINT
Aktiviti Terkini | 14 Mac 2021
Memberi pendedahan kepada ahli pusat internet khususnya pelajar sekolah rendah mengenai Microsoft Power Point...baca selanjutnya
LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC)....baca selanjutnya
TUTORIAL MUAT TURUN PENYATA BANK CIMB SECARA ONLINE
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2021Pemberitahuan tentang cara-cara untuk muat turun penyata bank melalui online banking...baca selanjutnya
TUTORIAL SECARA ONLINE MASUKKAN NAMA AHLI KELUARGA DALAM APPLIKASI MYSEJAHTERA
Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021Tutorial Secara Online Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Applikasi Mysejahtera...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya