Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022

Kelas ICT microsoft word untuk ahli PEDi yang berdaftar bagi mengisi waktu pada cuti sekolah...baca selanjutnya

MENCIPTA LOGO (CANVA)

Aktiviti Terkini | 26 November 2022

PEDi Mahkota Jaya mengadakan Kelas Canva untuk mencipta logo sendiri kepada ahli PEDi bawah 12 tahun...baca selanjutnya

BENGKEL & PAMERAN MIV SK CHENGAL LEMPONG

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Merupakan program ICT dan bengkel MIV anjuran kerjasama PEDi Kampung Balok, PEDi Sri Mahkota Jaya, PEDi Kampung Ubai bersama SK Chengal Lempong. ...baca selanjutnya

KUIZ MAULIDUR RASUL (KAHOOT!)

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2022

PEDi Mahkota Jaya mengadakan Kuiz bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul kepada ahli PEDi bawah 12 tahun...baca selanjutnya

SELAMAT HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 17 September 2022

PEDi Mahkota Jaya menjalankan aktiviti pengenalan tentang Hari Malaysia kepada ahli PEDi bawah 12 tahun...baca selanjutnya

ADIK PEDI BOLEH MELUKIS

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022

PEDi Taman Sri Mahkota Jaya mengadakan aktiviti melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun...baca selanjutnya

CARA SETTING APLIKASI TELEGRAM BAGI MENGELAK DARI SCAMMER

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2022

Mengajar tutorial bagaimana membuat tetapan dalam aplikasi Telegram bagi mengelak daripada dimasukkan ke dalam group tanpa kebenaran....baca selanjutnya

TIPS MENGGUNAKAN EXCEL (AUTO SUM)

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022

Mangajar tutorial menggunakan excel dengan cara yang mudah difahami ...baca selanjutnya

CANVA – REKA KAD RAYA

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

PEDi Taman Sri Mahkota Jaya mengadakan kelas online menggunakan platform Canva bersama ahli PEDi...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KRT TAMAN SRI MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Jamuan Hari Raya anjuran KRT Taman Sri Mahkota Jaya dengan kerjasama PEDi Taman Sri Mahkota Jaya....baca selanjutnya

KAHOOT ONLINE GAMES

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

PEDi Taman Sri Mahkota Jaya mengadakan kuiz online menggunakan platform Kahoot! bersama ahli PEDi...baca selanjutnya

LIVE FB: KLIK DENGAN BIJAK (BERITA PALSU)

Aktiviti Terkini |26 Mac 2022

Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya berkongsi tentang kesan penyebaran berita palsu serta peranan ibu bapa bagi melahirkan warga digital yang hebat...baca selanjutnya

KAHOOT ONLINE GAMES

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2022

Pusat Internet Komuniti Taman Sri Mahkota Jaya mengadakan kuiz online menggunakan platform Kahoot! bersama ahli PEDi...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK – BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2022

Menerangkan kepada ahli yang turut serta mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Buli Siber dikalangan rakan sebaya di PEDi Taman Sri Mahkota Jaya...baca selanjutnya

ONLINE GAMES – CROSSWORD PUZZLE

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2022

Menjalankan aktiviti permainan atas talian bersama ahli PEDi di PEDi Taman Sri Mahkota Jaya...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti