Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


LEARNING QUIZ ONLINE (QUIZIZZ)

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2020

Menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan secara online...baca selanjutnya

LEARNING GAMES ONLINE (KAHOOT!)

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2020

Pelajar menjawab soalan kuiz bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah...baca selanjutnya

KELAS MICROBIT NOV 2020

Aktiviti Terkini |28 - 29 November 2020

Memberi pendedahan kepada pelajar baru berkenaan Micro:bit ...baca selanjutnya

KELAS MICROBIT NOV 2020

Aktiviti Terkini |12 November 2020

Sambungan pembelajaran Microbit daripada sesi yang lepas...baca selanjutnya

KELAS MICRO:BIT

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2020

Pengenalan kepada program Micro:bit...baca selanjutnya

INTRODUCTION TO MICRO:BIT

Aktiviti Terkini | 24 September 2020

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkenaan Micro:bit...baca selanjutnya

PAMERAN PROGRAM MERDEKA

Aktiviti Terkini | 20 September 2020

Memudahkan urusan penduduk setempat dan orang awam bersama agensi terlibat...baca selanjutnya

LAWATAN KETUA PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DI PI SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2020

Membuat lawatan ke Pusat Internet Semambu untuk melihat aktiviti atau program yang dijalankan di Pusat Internet Semambu....baca selanjutnya

KARNIVAL DIGITAL INDERA MAHKOTA

Aktiviti Terkini | 15 & 16 Ogos 2020

Karnival Digital Indera Mahkota diadakan bersempena dengan program IMFutures yang bertujuan menyediakan peluang untuk para pelajar dan belia di Indera Mahkota....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ESPORTS FIFA20 KATEGORI ATAS 17 TAHUN ANJURAN IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2020

Satu inisiatif dari pihak IMfutures dengan kerjasama Pusat Internet Semambu untuk mencari bakat belia dalam permainan atas talian FIFA 20....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ESPORTS FIFA20 KATEGORI BAWAH 17 TAHUN ANJURAN IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2020

Satu inisiatif dari pihak IMfutures kerjasama Pusat Internet Semambu untuk mencari bakat anak muda dalam permainan atas talian FIFA 20....baca selanjutnya

KURSUS DALAM TALIAN LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2020

Kursus ini dijalankan adalah untuk memenuhi syarat dan peraturan dari KKM bagi komuniti yang terlibat dengan penjualan makanan dan minuman kepada orang awam....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG & PERTANDINGAN GAME ONLINE

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Bersama-sama dengan ahli dan pengunjung Pusat Internet Sri Mahkota Jaya membersihkan kawasan sekitar serta mengadakan pertandingan game online....baca selanjutnya

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA ATAS TALIAN OLEH PIHAK FIRE PREVENTION CENTRE MALAYSIA (FPC)

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2020

Berkongsi maklumat tentang langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran serta teknik-teknik menyelamatkan diri dengan lebih efektif.....baca selanjutnya

LAWATAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DI PI SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2020

Membuat lawatan ke Pusat Internet Semambu untuk melihat aktiviti atau program yang dijalankan di Pusat Internet Semambu....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020

Program Klik Dengan Bijak melibatkan pengunjung-pengunjung sempena Hari Terbuka PI Lepar Hilir 3. Taklimat terbahagi dua sesi iaitu untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga sesi untuk pengunjung-pengunjung dewasa. Antara aktiviti lain dijalankan ialah Pop kuiz KDB, fast typing, mencari objek tersembunyi, word search, timbang bola takraw dan pertandingan dart....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2020

Program ini adalah program-program inisiatif dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melahirkan pengguna internet yang berhemah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti