Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENGENALAN 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai 3D Sketchup dan merapatkan hubungan orang awam sekaligus memperkenalkan PI kepada orang luar....baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK WIRA

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2019

Program ini melibatkan pelajar dan disertai beberapa orang guru. Semasa sesi taklimat, juga diselitkan soalan-soalan untuk dijawab oleh pelajar. Selepas itu sedikit permainan disediakan untuk para pelajar. Pelajar dikehendaki menyiapakan teka silang kata KDB dalam kumpulan mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI KOPERASI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 04 September 2019

Program ini memberi kesedaran mengenai Klik Dengan Bijak serta memperkenalkan Program Kesedaran Analog Switchoff (ASO)...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA PERPADUAN

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019

Sambutan Hari Kemerderkaan Bersama Kanak-Kanak Tadika Perpaduan Taman Seri Mahkota Jaya dan Jawatankuasa JPTP ini dihadiri oleh kanak-kanak Tadika Perpaduan Taman Seri Mahkota Jaya dan komuniti sekitar Pusat Internet...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE PUZZLE & KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Pertandingan ini diadakan bagi mengukuhkan ukhuwah di antara ahli pusat internet dan menguji kecepatan menggunakan komputer....baca selanjutnya

PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

PERTANDINGAN DAM ULAR & MENJAWAB SOALAN KDB

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Pertandingan ini memberi keseronokan bermain dam sambal belajar dan mengetahui tentang klik dengan bijak dan laranga di pusat internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Program Advokasi di SK Semambu melibatkan pelajar dan guru-guru. Pada hari tersebut edaran flyers mengenai program Klik Dengan Bijak & E-Waste diberikan kepada guru-guru. Selain itu pelajar tahun 3, 4, 5 & 6 menyertai taklimat berkaitan penggunaan teknologi secara berhemah. Mereka juga diberi soalan-soalan berkaitan KDB....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

Kempen Penjagaan Kesihatan & Kempen Perangi Denggi

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2019

Menjalankan aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan & kempen perangi denggi...baca selanjutnya

Pertandingan Word Search Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini |26 Jan 2019

Menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli pusat internet dan memberikan pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti